Thursday, July 8, 2010
PROGRAM PENGEMBANGAN 2010 JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU
Untuk menerang / menjelaskan mengenai
- perancangan
- pelaksanaan
- pemantauan
program / aktiviti pengembangan berasaskan Buku Program Pengembangan di peringkat
- kaw. perkhidmatan
- kaw. pengembangan
- daerah
Struktur Organisasi dan Fungsi Pengembangan
-Sistem Pengembangan yang “Regimented”
-Liputan dan Khidmat Pelanggan Pelbagai Kategori
-Pegawai Pengembangan “Frontliners”
-Kandungan Penyampaian Khidmat Pengembangan kepada pelanggan
-Sokongan Cawangan Teknikal di Negeri
-Latihan meningkatkan kepakaran Pegawai Pengembangan
-Peranan Pusat Pertanian sebagai “Centre of Excellence”
-Sistem Pemantauan dan Penilaian
-Kerjasama Dua Hala dan Pelbagai Hala dalam Bidang Pembangunan Teknologi dan Khidmat Pengembangan.
VISI JABATAN
Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti & selamat dan pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.
MISI JABATAN PERTANIAN
Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha Pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori Pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian Negara.
CORE BUSINESS JABATAN PERTANIAN
Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa
OBJEKTIF JABATAN PERTANIAN
Memberi perkhidmatan perundingan sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang professional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan Negara
Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian Negara.
Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian
Melindungi tanaman-tanaman Negara (tanaman indutri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin
Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma Negara daripada dibawa keluar Negara dan terancam pupus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment